
Ringgit dibuka tinggi pada pagi
KUALA LUMPUR,. Ringgit menokok berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka hari ini meskipun dolar mengukuh susulan peningkatan Indeks Dolar AS yang naik 0.07 peratus kepada 96.085 mata, di tengah-tengah mudah tunai yang tipis di pasaran, menurut penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.1810/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1815/1850 sewaktu ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS turut menyaksikan peningkatan berbanding euro, yen Jepun dan pound Britain.
“Prestasi aset-aset berisiko seperti ekuiti adalah baik dengan indeks petunjuk pasaran seperti Purata Perindustrian Dow Jones, S&P500 dan NASDAQ kesemuanya menokok selepas cuti Krismas, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang luas,” katanya kepada Bernama.
Pada masa yang sama, beliau berkata dari segi komoditi, minyak mentah Brent naik 3.68 peratus kepada AS$78.94 setong.
“Berdasarkan situasi ini, ringgit diihat agak konstruktif,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menjangka unit domestik akan didagangkan dalam jajaran kecil selepas mata wang itu melepasi paras sokongan serta-merta pada RM4.1862 semalam.
“Oleh itu, ringgit dijangka kekal berada pada sekitar RM4.1800 hari ini,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan paling rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang meningkat kepada 3.6388/6417 daripada 3.6462/6496 sewaktu ditutup pada Selasa.
Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6184/6225 daripada 5.6040/6087 semalam, susut berbanding euro kepada 4.7371/7405 daripada 4.7284/7324, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0838/0865 daripada 3.0789/0820 sebelum ini.
–BERNAMA