
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini, didorong oleh harga minyak dunia yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
Pada pukul 9 pagi ini, unit tempatan disebut harga 4.2550/2620 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2610 sebelumnya.
Harga minyak mentah Brent untuk kontrak Ogos meningkat 0.25 peratus kepada AS$43.42 setong.
Bagaimanapun, persengketaan yang kian memuncak antara Amerika Syarikat dan China telah mengekang trajektori positif ringgit.
“Pelabur kini mengumpul kesemua aset masing-masing di pasaran baharu muncul berikutan tekanan sengit antara kedua-dua kuasa ekonomi besar itu,” kata beliau.
Peningkatan jumlah tuntutan pengangguran di AS untuk pertama kalinya sejak Mac kepada 1.4 juta minggu lepas, di tengah-tengah kebangkitan semula kes COVID-19 di negara itu, turut menjejaskan permintaan untuk mata wang dolar.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.4290/4383 daripada 5.4166/4251 dan lemah berbanding euro kepada 4.9413/9512 daripada 4.9331/9398 semalam.
Mata wang tempatan turut lega berbanding yen Jepun kepada 3.9938/4.0008 daripada 3.9716/9767 pada Khamis tetapi meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0731/0797 daripada 3.0734/0774 pada Khamis.
– Bernama