Ringgit diniagakan rendah pagi ini

Ringgit diniagakan rendah pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mata wang negara maju itu mengukuh menjelang pengeluaran data senarai pembayaran gaji bukan ladang (NFP) AS lewat hari ini, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS daripada 4.5170/5200 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai NFP, yang dijangka berkurangan kepada 205,000 pada Februari, selepas melonjak kepada 517,000 pada Januari.

NFP boleh menjadi pemangkin untuk dagangan dalam pasaran pertukaran asing berdasarkan perubahan dalam pekerjaan.

RM4.404
“Indeks dolar AS kekal tinggi pada lebih 105 mata namun 0.39 peratus lebih rendah apabila indeks ini ditutup. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam lingkungan RM4.50 hingga RM4.51 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran, dan ini menandakan sedikit kestabilan ekonomi.

“Dari sudut pandang teknikal, pasangan dolar AS-ringgit kini berada dalam zon rintangan yang penting.

“Jika ia berjaya menembusi di bawah 4.4680, ia mungkin susut serendah 4.3650 dalam beberapa hari. Sebaliknya, jika harga itu menembusi melebihi 4.5350, ia boleh meningkat kepada 4.5800,” katanya.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3245/3283 daripada 3.3160/3184 ketika ditutup pada Khamis serta rendah berbanding pound British kepada 5.3924/3977 daripada 5.3608/3643.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.97698/7.78698 7722.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9161/9356 daripada 12.8814/8962 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.90/293.20 daripada 292.70/292.90.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3405/3432 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.20 daripada 8.18/8.18.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This