Ringgit melonjak kepada paras 4.12 ketika dibuka pagi ini

Ringgit melonjak kepada paras 4.12 ketika dibuka pagi ini

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka kukuh pagi ini berikutan nilai dolar AS yang lemah dan dirangsang oleh keyakinan pelabur terhadap Belanjawan 2021 yang diumumkan Jumaat minggu lepas.

Pada pukul 9.06 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.1200/1290 berbanding dolar AS daripada 4.1275/1325 ketika ditutup minggu sebelumnya.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata selepas bergerak rendah sebelum ini, ringgit kini “mengejar” mata wang yuan dan mata wang Asia Utara, yang dilihat telah melambung tinggi.

“Belanjawan 2021 harus diterima dengan baik kerana ia dijangka dapat meringankan beban cukai dan menyediakan sokongan tambahan kepada sektor ekonomi yang amat memerlukan,” kata beliau kepada Bernama.

Innes berkata dengan Joe Biden diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat, diharapkan beliau dapat mengurangkan tahap pecahan perdagangan, terutamanya di sebelah Asia.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0667 daripada 3.0624/0668 ketika ditutup Jumaat lepas dan berbanding yen pada 9857/9948 daripada 3.9918/9978.

Ringgit lebih rendah berbanding euro kepada 4.8966/9086 daripada 4.8923/8995 dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.4293/4428 daripada 5.4231/4313 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This