Ringgit meneruskan aliran menurun semasa dagangan dibuka pada pagi

Ringgit meneruskan aliran menurun semasa dagangan dibuka pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran menurun semalam untuk dibuka rendah pagi ini susulan minat terhadap mata wang tempatan dibendung oleh pengukuhan dolar US yang didorong keyakinan terhadap perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9.10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1430/1480 berbanding dolar US daripada 4.1350/1380 dicatatkan pada 6 petang semalam.

Seorang peniaga berkata sentimen meningkat terhadap dolar US dipacu perkembangan terbaru perjanjian perdagangan AS-China, dengan ‘’fasa satu” perjanjian itu dijangka ditandatangani seawal bulan ini.

Namun, laporan menyatakan kedua-dua kuasa besar itu mungkin menangguhkan cadangan mereka untuk memuktamadkan bahagian pertama perjanjian itu sehingga Disember berikutan AS dan China terus merundingkan terma dan syarat perjanjian itu, yang mungkin memberikan sokongan kepada mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit, katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit turut diniagakan rendah.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0452/0504 daripada 3.0434/0460 semasa ditutup pada Rabu, menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8044/8097 daripada 3.7946/79840, dan merosot berbanding euro kepada 4.5846/5914 daripada 4.5861/5899 semalam.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3242/3314 daripada 5.3275/3331 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This