Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas unit negara maju itu susut menjelang pengumuman keputusan pilihan raya presiden, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1480/1560 berbanding dolar AS daripada 4.1650/1710 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata ringgit mendapat sambutan berdasarkan dua faktor — peningkatan harga minyak yang merupakan kejutan positif serta kebimbangan mengenai geopolitik AS-China akan berkurangan sekiranya Donald Trump meninggalkan Rumah Putih.

“Bagaimanapun, rasa berhati-hati itu akan dilihat pada tempoh beberapa hari ini apabila peniaga menumpukan semula perhatian terhadap dolar AS sebagai aset selamat jika keputusan pilihan raya presiden itu berlanjutan ke mahkamah yang sebaliknya boleh menjejaskan mata wang Asia,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit susut berbanding mata wang utama lain namun meningkat berbanding pound Britain.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3776/3909 daripada 5.4024/4110 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0529/0602 daripada 3.0502/0559, rendah berbanding euro kepada 4.8655/8788 daripada 4.8626/8701 serta turun berbanding yen kepada 3.9785/9885 daripada 3.9704/9769 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This