Ringgit teruskan meningkat pada pagi

Ringgit teruskan meningkat pada pagi

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Pada 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1985/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2040 semalam.

Seorang penganalisis berkata minyak mentah Brent masih kekal melepasi paras US$100 setong, dan pada masa ini diniagakan 4.0 peratus lebih tinggi pada US$101.85 setong.

“Walaupun kebanyakan mata wang pasaran sedang pesat membangun dilihat menyusut berbanding dolar AS berikutan konflik yang semakin meruncing di Ukraine, ringgit mengetepikan arah aliran itu kerana disokong kuat oleh pengukuhan harga minyak yang turut menarik aliran dana asing ke dalam negara,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan Aliran Dana MIDF Research, dana antarabangsa setakat tahun ini merupakan pembeli bersih di Bursa Malaysia selama enam daripada lapan minggu.

Pelabur asing dan peruncit tempatan adalah pembeli bersih untuk minggu berakhir 25 Feb, menyaksikan aliran masuk bersih berjumlah RM867.7 juta, dirangsang oleh minat ke atas sektor komoditi, perladangan dan tenaga.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0910/0948 daripada 3.1016/1044 pada penutup Jumaat lalu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6147/6207 daripada 5.6177/6224.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.6322/6364 daripada 3.6422/6455 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6935/6985 daripada 4.6966/7005 sebelumnya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This