Ringgit teruskan penurunan

Ringgit teruskan penurunan

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran menurunnya pagi ini apabila dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh berikutan sokongan daripada data kukuh pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang positif.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1870/1930 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1800/1840 semalam.

Seorang penganalisis berkata selain kekukuhan dolar AS, ringgit dijangka diniagakan rendah berikutan ketidakpastian berhubung isu peralihan kuasa serta kebimbangan terhadap penularan COVID-19.

“Berikutan permintaan luar yang lemah, sokongan terhadap ringgit menurun. Tanpa sokongan ekonomi tempatan yang kukuh untuk menarik pelabur, ringgit dijangka diniagakan tidak menentu dengan kecenderungan menurun pada minggu akan datang,” katanya.

Berbanding matawang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9888/9941 daripada 2.9849/9894 pada Khamis meningkat sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3924/4018 daripada 5.3926/3990 tetapi turun berbanding yen Jepun kepada 3.7361/7421 daripada 3.7328/7367.

Berbanding euro, ringgit susut kepada 4.5169/5251 daripada 4.5140/5191.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This