Ringgit tinggi pada pagi

Ringgit tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini susulan permintaan sederhana ke atas nota tempatan ekoran ketidaktentuan menjelang tarikh akhir keputusan untuk mengenakan tarif tambahan US ke atas barangan China bernilai US$160 bilion, pada 15 Dis ini, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1580/1630 berbanding dolar US daripada 4.1630/1660 pada penutupan Selasa.

Seorang peniaga berkata peniaga kini menunggu keputusan mengenai tarif yang lebih tinggi oleh US ke atas barangan buatan China, menjelang tarikh akhir pertengahan bulan ini.

“Ketidaktentuan perdagangan terus berlaku menjelang keputusan mengenai kadar faedah utama oleh Rizab Persekutuan US dan Bank Pusat Eropah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.6116/6188 daripada 4.6105/6155 pada penutupan Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding yen pada 3.8227/8284 daripada 3.8330/8368, meningkat berbanding pound British kepada 5.4607/4689 daripada 5.4768/4816 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0592/0640 daripada 3.0610/0637 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This