RON95, RON97 naik tiga sen, diesel turun satu sen

RON95, RON97 naik tiga sen, diesel turun satu sen

KUALA LUMPUR,. Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik tiga sen seliter, manakala diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 3 Okt hingga 9 Okt ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.70).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )