Royal Brunei kini lakukan penerbangan ke Tawau

Royal Brunei kini lakukan penerbangan ke Tawau

TAWAU,. Royal Brunei Airlines (RB) kini mengendalikan penerbangan dari Bandar Seri Begawan ke Tawau dengan penerbangan pertamanya ke daerah itu di timur Sabah di sini hari ini.

Pesawat RB itu tiba pada 6.35 petang dan disambut dengan semburan air disaksikan oleh Pengurus Besar Sabah Tourism Board (STB) Noredah Othman, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Noredah, Liew berkata laluan baharu RB itu merupakan tambahan yang baik kepada pelancong untuk mengakses pantai timur Sabah, apabila RB mula melancarkan penerbangannya ke Sandakan pada 28 Okt.

Beliau berharap RB akan mempertimbangkan untuk memasukkan sektor Sandakan dan Tawau dalam langkah promosinya untuk mengukuhkan jaringan syarikat penerbangan itu ke negara-negara Asia.

“Baru-baru ini, kami menandatangani Memorandum Persefahaman dengan RB untuk kerjasama bersama pemasaran UK dan langkah ini tepat pada masanya berikutan kami juga dapat memasukkan laluan baharu ini dalam kempen,” katanya.

Liew menyatakan penghargaan kepada RB kerana memperluaskan operasinya ke Sandakan dan Tawau, serta menggalakkan rakyat Brunei dan rakyat Malaysia di Sabah untuk saling mengunjungi.

RB melakukan penerbangan ke Sandakan dan Tawau enam kali seminggu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This