Rumah panjang terbakar, lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang

LAHAD DATU,. Sebuah rumah panjang lapan pintu musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sepagaya Jalan Lahad Datu-Tawau dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang Khamis, mengakibatkan 50 orang daripada lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Komander Operasi Asmori Dahhiarsyah berkata, Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.43 petang.

“Lapan anggota termasuk pegawai serta jentera kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

“Setiba di lokasi kejadian, usaha memadamkan kebakaran segera dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asmori, rumah panjang lapan pintu jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.

“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 6.19 dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.35 malam.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )