Sabah benarkan operasi kedai elektronik, baja kimia tiga hari seminggu

Sabah benarkan operasi kedai elektronik, baja kimia tiga hari seminggu

KOTA KINABALU, 28 April — Kerajaan Negeri Sabah hari ini bersetuju untuk membenarkan kedai elektrik dan elektronik serta kedai baja dan kimia beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiuasaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata kedua-dua kedai terbabit dibenarkan beroperasi tiga hari seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Kedai elektrik dan elektronik dibenarkan beroperasi untuk tujuan menjual alat ganti sahaja, manakala kedai baja dan kimia dibenarkan beroperasi bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This