Sabah benarkan operasi panggung wayang dan premis kecantikan

KOTA KINABALU,. Panggung wayang serta premis perkhidmatan kecantikan dan kesihatan kini dibenarkan beroperasi di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu membabitkan aktiviti solekan dan rawatan rambut, dandanan rambut, manikur dan pedikur, serta cuci dan rawatan muka.

Selain itu katanya, turut dibenarkan beroperasi aktiviti cukur jambang dan misai serta refleksologi dan urut.

“Waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berwajib.

“Kerajaan negeri mengingatkan rakyat Sabah untuk terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembersih tangan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shafie berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti dalam membendung penularan COVID-19.

–UB

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )