Sabah, kerajaan Persekutuan bekerjasama jayakan pelaksanaan program Belanjawan 2021

Sabah, kerajaan Persekutuan bekerjasama jayakan pelaksanaan program Belanjawan 2021

KOTA KINABALU,. Kerajaan Sabah akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan semua program pembangunan dan usaha memerangi wabak COVID-19 yang digariskan dalam Belanjawan 2021, dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, Sabah mendapat manfaat daripada Belanjawan 2021 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta dalam usaha kerajaan negeri memerangi COVID-19.

“Bagi pihak Kerajaan Sabah, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas kelulusan Belanjawan sulungnya,” katanya menerusi pesanan WhatsApps hari ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di peringkat dasar.

Hajiji berkata, Sabah juga mendapat memperoleh manfaat dari peruntukan Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM3 bilion bagi memerangi COVID-19 sejak wabak itu melanda awal tahun ini menerusi pelbagai saluran termasuk bantuan pakej Prihatin dan Penjana.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This