Saham Astro susut susulan pelanggaran data

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Harga saham penyedia televisyen satelit, Astro Malaysia Holdings Berhad merosot dalam dagangan awal selepas ia mengalami satu lagi pelanggaran data, kebocoran kedua diketahui dalam tempoh 18 bulan.

Sehingga 11.03 pagi, saham syarikat itu susut 0.68 peratus kepada RM1.45 dengan 30,700 saham diniagakan.
Dalam kenyataan semalam, syarikat itu berkata, ia menyedari akses yang tidak dibenarkan kepada data MyKad pelanggannya yang mempunyai maklumat termasuk nombor IC, tarikh lahir, jantina, bangsa dan alamat.

Bagaimanapun, katanya, insiden itu hanya menjejaskan sebahagian kecil pelanggannya.
“Kurang daripada 0.2 peratus daripada pelanggan kami terjejas dalam insiden ini dan kami dalam proses untuk memaklumkan kepada mereka.

“Kami telah memaklumkan kepada polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi,” katanya, sambil menambah syarikat itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani isu tersebut. – BERNAMA

CATEGORIES
Share This