Sarawak perlu bangunkan pusat data berpusat untuk pemetaan paip air – Abang Johari

KUCHING,. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mencadangkan supaya pusat data berpusat bagi pemetaan paip dibangunkan untuk menguruskan utiliti di negeri ini terutama di Kuching secara lebih efektif.

Beliau yang mengemukakan idea itu kepada Lembaga Air Kuching (KWB) berkata pusat ini harus merangkumi data bekalan air dan pengagihan.

“Anda mesti menukarkan paip kerana ia telah 60 tahun mungkin lebih daripada itu, jadi anda perlu memasang paip baharu untuk menggantikan paip lama yang boleh menyebabkan kebocoran dan paip baharu ini perlu disimpan dalam data.

“Kemudian, jika anda hendak menggantikannya, anda akan tahu kedudukannya,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis makan malam ulang tahun ke-60 KWB di sini malam ini.

Abang Johari berkata ini adalah cara baru untuk negeri ini untuk menguruskan utiliti dan perkhidmatan kepada orang ramai, memandangkan Kuching sedang menuju ke arah menjadi bandar pintar dan dengan itu ia perlu mempunyai pengurusan utiliti pintar.

Abang Johari juga mencadangkan KWB dan juga Kementerian Utiliti untuk mempertimbangkan dan mempunyai pendekatan ke hadapan dalam perkara ini dengan mengambil kira peningkatan penduduk, terutama di Kuching.

“Daripada 60,000 penduduk, penduduk kita kini hampir satu juta dan ini bermakna anda akan mempunyai satu juta pengguna,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )