Sarawak sasar gelaran juara ke 14 Sukan Para Sukma 2020

Sarawak sasar gelaran juara ke 14 Sukan Para Sukma 2020

KUCHING,. Sarawak sasar rangkul gelaran juara kali ke-14 di temasya Sukan Para Sukan Malaysia (Sukma) XX Johor 2020 dengan persiapan dalam semua 10 acara yang dipertandingkan giat dijalankan kini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ini termasuk sasaran pingat bagi acara memanah di mana ia tidak disertai negeri itu pada temasya sebelum ini.

“Pada Sukma lepas kita tidak bertanding dalam acara memanah, tetapi tahun depan kita akan menampilkan dua atlet Sarawak bagi acara itu dengan mereka sedang berlatih di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penangguhan Karnival Orang Kurang Upaya Sarawak (Kokus) 2019, di sini, hari ini.

Pada Sukan Para Sukma XIX Perak 2018, Sarawak berjaya mengekalkan kejuaraan itu buat kali ke-13 dengan mendapat 61 pingat emas, 62 pingat perak dan 40 pingat gangsa.

Selain itu, Fatimah berkata pihaknya telah memulakan program khusus bagi melatih atlet elit dan pelapis yang mampu menyumbangkan pingat kepada pasukan negeri disamping memberikan penekann kepada acara mampu menyumbang pingat iaitu olahraga, angkat berat, boling dan renang.

“Kita juga akan mengelak daripada melakukan kesalahan sama ketika membuat persiapan melatih atlet ke temasya Sukan Para Sukma XIX Perak 2018 sebelum ini iaitu tidak membuat klasifikasi betul acara layak disertai atlet.

“Tahun ini juga kita akan membuat program mengenal pasti bakat baharu kerana ada peraturan baharu sekarang ini di bawah Sukma ialah atlet yang mencapai umur 40 tahun tidak boleh mengikuti acara sukan itu,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )