Sarawak sumbang RM30 juta bantu pembangunan agama-agama lain

Sarawak sumbang RM30 juta bantu pembangunan agama-agama lain

KUCHING,. Kerajaan Sarawak komited dalam menjaga keperluan serta membantu pembangunan agama-agama lain di sini melalui peruntukan berjumlah RM30 juta kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi tahun 2019.

Ia sekali gus membolehkan masyarakat bukan Islam menaik taraf rumah ibadat mereka atau tujuan-tujuan lain berkaitan agama selain memperkukuhkan ikatan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama bersama kerajaan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sebagai seorang Muslim, beliau berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW supaya berlaku adil kepada semua agama.

“Pemimpin mesti berlaku adil sama ada kepada Muslim ataupun bukan Muslim. Masyarakat dapat hidup dengan lebih aman dan tenang dengan mengamalkan kepercayaan masing-masing,” katanya semasa berucap pada majlis Perjumpaan Penerima dan Bantuan UNIFOR Tahun 2017 dan 2018 di sini hari ini.

UNIFOR telah ditubuhkan pada tahun 2017 yang mana dana yang telah diberikan pada tahun tersebut adalah RM15 juta manakala dana sebanyak RM20 juta pada tahun 2018.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This