Satu lagi saringan COVID-19 di Zon Permai, Sentosa – Dr Chin

Satu lagi saringan COVID-19 di Zon Permai, Sentosa – Dr Chin

SIBU,. Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) akan dilaksanakan sekali lagi di Zon Permai dan Sentosa di sini, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing.

Beliau berkata ia berikutan permintaan orang ramai yang tinggal di kedua-dua kawasan tersebut agar ujian saringan COVID-19 dilakukan sekali lagi kerana mereka tidak dapat menjalani ujian tersebut ketika ia pertama kali dilaksanakan pada 22 dan 23 Feb lepas.

“Kami menggalakkan mereka yang mengalami gejala dan yang berpotensi terdedah (kepada jangkitan) untuk menjalani pemeriksaan.”Mereka yang telah menjalani ujian calitan juga dialu-alukan jika mempunyai simptom, tetapi jika (tidak ada) risiko terkena, mereka tidak perlu mengulanginya (ujian calitan),” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Dr Chin bagaimanapun berkata, jabatan itu belum memuktamadkan tarikh pelaksanaan ACD itu.

Sejumlah 1,255 dan 892 sampel dikumpulkan masing-masing di Sentosa dan Permai semasa pelaksanaan ACD bulan lepas.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This