Saudi mahu tingkat pengeluaran minyak sehingga 13 juta tong sehari

Saudi mahu tingkat pengeluaran minyak sehingga 13 juta tong sehari

JEDDAH ,. Putera Mahkota Arab Saudi, Al Malik Mohamed bin Salman pada Sabtu berkata, negara itu akan meningkatkan pengeluaran minyak mentah sehingga 13 juta tong sehari.

Ketika berucap pada Sidang Kemuncak Arab Saudi-Amerika Syarikat (AS) di Jeddah, beliau berkata negara itu ketika ini mengeluarkan kira-kira 11 juta tong sehari, lapor Agensi Anadolu.

“”Kami mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 12 juta tong sehari dan dengan adanya pelaburan, pengeluaran dapat ditingkatkan sehingga 13 juta tong sehari dan selepas itu, negara itu tidak lagi mempunyai keupayaan meningkatkan pengeluaran,” katanya.

Putera Mahkota itu menggesa semua pihak bersatu dalam menyokong ekonomi global.

“Beralih kepada polisi tidak realistik bagi mengurangkan pencemaran asap menerusi langkah menyingkirkan sumber utama tenaga, akan mendorong ke arah inflasi buruk pada tahun-tahun akan datang serta menyebabkan kenaikan harga tenaga, meningkatkan pengangguran serta memburukkan masalah sosial dan keselamatan,” katanya.

Harga minyak global tidak menentu ketika kuasa Barat berusaha untuk tidak lagi mendapatkan bekalan daripada sumber tenaga Rusia ekoran dakwaan Moscow melancarkan perang di Ukraine.

Sidang Kemuncak itu dihadiri Presiden AS Joe Biden bersama beberapa pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk dari Mesir, Iraq dan Jordan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This