‘Saya Akan Tambah Universiti Di Sabah Jika Terus Memerintah’ – Shafie

‘Saya Akan Tambah Universiti Di Sabah Jika Terus Memerintah’ – Shafie

KOTA KINABALU,. Ketua menteri sementara Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata jika beliau masih memerintah negeri Sabah, beliau akan menambah universiti awam yang baru di negeri itu.

Menurutnya di Sabah cuma ada sebuah universiti iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbanding di Sarawak ada tiga manakala di semenanjung Malaysia 39 universiti.

Beliau berhasrat membuat kerjasama dengan universiti bertaraf antarabangsa seperti Cambridge Univerisity dan University of Nottingham.

Beliau berkata demikian dalam satu program Upacara Pecah Tanah Dataran Sepanggar di sini hari ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This