Saya belum terima surat pemecatan – Zakaria

SEPANG,. Zakaria Abdul Hamid, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang dipecat daripada parti berkata beliau belum menerima surat pemecatan daripada PKR pusat.

Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.

Zakaria yang berada di Taiwan sejak 24 Nov, ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim pada 24 Nov, mengumumkan pemecatan Zakaria, yang juga Ketua Cabang PKR Bera dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), serta ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi, dipercayai terbabit dengan kes rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lepas.

Zakaria berkata beliau sedia bekerjasama dengan Lembaga Disiplin bagi memberi penjelasan berkaitan tuduhan terhadapnya demi menegakkan keadilan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )