Seamless menang Cabaran IoT Maxis 2020

Seamless menang Cabaran IoT Maxis 2020

KUALA LUMPUR,. Seamless telah memenangi Cabaran IoT Maxis 2020 dalam Kategori Pengalaman Runcit Terendam untuk penyelesaian pemantauan aset runcit automatiknya.

LinkUp Smart Solutions yang memperkenalkan sistem keselamatan dan penyelesaian rumah pintar menduduki tempat kedua, manakala ITXOTIC merangkul hadiah ketiga membabitkan idea sistem keselamatan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan keselamatan sesebuah perbandaran.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata Cabaran IoT Maxis merupakan antara inisiatif yang terletak di bawah perkongsian dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menggalakkan pembangunan ekosistem penyelesaian Internet pelbagai Perkara (IoT) di kalangan syarikat serta bertujuan merangsang ekonomi digital Malaysia.

”Cabaran ini merupakan kaedah untuk memberi insentif serta peluang kepada industri dan perusahaan ke arah pembukaan model perniagaan baharu disamping mewujudkan lebih banyak nilai untuk pelanggan mereka.

”Terdapat satu penjanaan yang besar dalam teknologi IoT dan Maxis komited untuk membentuk serta mempercepatkan manfaat penerimaan IoT terhadap semua perniagaan di Malaysia,” katanya dalam majlis pengumuman pemenang yang dibuat secara maya hari ini.

Pemenang tempat pertama cabaran itu, bertemakan “Menukar Cabaran Industri Hari Ini kepada Peluang Perniagaan Esok Hari”, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )