Sekatan baharu EU ke Rusia liputi IT, khidmat undang-undang, kejuruteraan

Sekatan baharu EU ke Rusia liputi IT, khidmat undang-undang, kejuruteraan

MOSCOW: Lapan pakej sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia melarang penyediaan khidmat teknologi maklumat (IT), kejuruteraan dan undang-undang kepada syarikat Rusia selain perkhidmatan aset kripto rakyat Rusia, lapor Sputnik memetik Suruhanjaya Eropah pada Khamis.

“Pakej yang meluaskan skop perkhidmatan yang tidak lagi boleh diberikan kepada kerajaan Rusia atau pihak yang sah ditubuhkan di Rusia, kini termasuk perundingan IT, khidmat perundangan, seni bina dan perkhidmatan kejuruteraan,” menurut kenyataan itu.

Pakej sekatan baharu itu juga meliputi larangan untuk memberi khidmat ke atas aset kripto rakyat dan penduduk Rusia.

“Larangan sedia ada ke atas aset kripto telah diperketat dengan mengharamkan semua akaun dompet kripto atau perkhidmatan penjagaan aset kripto tanpa mengira niilai dompet itu,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This