Seorang bayi dan seorang budak antara enam ahli keluarga dibunuh di Mexico
CELAYA: Seorang bayi dan seorang budak adalah antara enam ahli sebuah keluarga yang dibunuh di wilayah tengah Mexico yang dibelenggu oleh keganasan berkaitan dengan kumpulan samseng, kata seorang pegawai tempatan kelmarin.
Lelaki bersenjata telah menyerbu masuk ke sebuah kediaman di bandar Leon di Guanajuato pada malam Ahad dan melepaskan tembakan ke arah keluarga tersebut.
“Malangnya dua kanak-kanak dan empat wanita terbunuh,” gabenor negeri Diego Sinhue Rodriguez memberitahu wartawan.
Dua lelaki terselamat kerana mereka telah melihat penyerang itu muncul dan bersembunyi di atas bumbung, katanya.
Guanajuato merupakan salah sebuah negeri paling kejam Mexico disebabkan oleh perang saudara antara kartel-kartel yang bermusuhan terlibat dalam pengedaran dadah, mencuri minyak dan jenayah lain.
Mexico telah merekodkan lebih daripada 450,000 pembunuhan sejak 2006, ketika kerajaan mengerahkan pasukan tentera untuk membanteras pengedaran dadah, kebanyakannya dipersalahkan ke atas kumpulan penjenayah.
— Agensi