Separuh penduduk Bangladesh menetap di bandar menjelang 2030, kata Hasina

Separuh penduduk Bangladesh menetap di bandar menjelang 2030, kata Hasina

NEW DELHI,. Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina berkata menjelang 2030 hampir separuh penduduk Bangladesh akan menetap di kawasan bandar berikutan perubahan besar dalam ekonomi negara.

Beliau berkata kepesatan kawasan perbandaran akan mewujudkan bidang pelaburan dan keusahawanan baharu dengan tumpuan lebih besar terhadap industri berasaskan pengetahuan.

“Menjelang 2030, kira-kira 48 peratus penduduk kita akan tinggal di bandar. Kebanyakan mereka adalah golongan muda, bertenaga dan mempunyai akses kepada digital.

“Bangladesh berkembang maju dan pantas ke arah mewujudkan masyarakat berteraskan pengetahuan luas dan bernilai tinggi bukan sekadar pengeluar pakaian sahaja,” katanya dalam satu persidangan di New Delhi pada Khamis.

Negara ini mahu menarik pelaburan asing dalam bidang seperti pendidikan, kejuruteraan ringan, elektronik, industri automotif dan kecerdasan buatan.

Hasina berkata dalam tempoh 10 tahun ekonomi Bangladesh telah berkembang sebanyak 188 peratus.

“Tahun ini, ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan paling pesat sebanyak 8.1 peratus. Menghampiri pertumbuhan dua angka,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This