Serie A cadang kembali 13 Jun

Serie A cadang kembali 13 Jun

ROME,. Kelab-kelab Serie A Itali berkata mereka mahu kembali meneruskan saingan pada 13 Jun sekiranya mendapat lampu hijau kerajaan.

“Berkenaan menyambung semula aktiviti sukan dan menepati keputusan kerajaan serta mengikut protokol perubatan demi keselamatan pemain-pemain, tarikh 13 Jun dipilih,” kata Lega Serie A.

Sukan di Itali ditangguhkan sejak 9 Mac akibat pandemik COVID-19 yang mengorbankan 31,000 nyawa di negara itu.

Kesemua 20 kelab liga tertinggi Itali itu sudah bersetuju untuk meneruskan kempen tetapi ini adalah kali pertama satu tarikh dicadangkan.

Menteri Sukan Vincenzo Spadafora memberitahu parlimen Itali dia menerima surat daripada presiden Persekutuan Bolasepak Itali Gabriele Gravina.

“(Gravina) Memaklumkan kepada saya yang badan induk itu sudah mengikut garis panduan Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik serta menambah baik protokol, sekali gus membolehkan penyambungan tanpa masalah latihan berkelompok bermula 18 Mei,” kata Spadafora.

Perancis dan Belanda sudah menamatkan musim mereka tetapi Bundesliga Jerman mendapat lampu hijau untuk kembali beraksi tanpa penonton bermula hujung minggu ini.

Juventus kini mendahului Serie A, satu mata di depan Lazio, dan dalam pemburuan Scudetto kesembilan berturut-turut. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This