Shafie Serah Kepada Kkm Putuskan Keperluan Kuarantin

Shafie Serah Kepada Kkm Putuskan Keperluan Kuarantin

SEMPORNA: Kementerian Kesihatan boleh melaksanakan kuarantin terhadap rakyat Semenanjung yang balik dari Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) mengikut budi bicara kementerian berkenaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan langkah itu kerana pencegahan perlu dilakukan demi keselamatan setiap rakyat.

“Kalau itu merupakan satu langkah yang perlu kita lakukan maka perlu kita lakukan kerana walaupun keadaan di sini agak terkawal,

tetapi di kawasan Tawau itu penjara yang agak terkawal tapi kita jangan ambil ringan

kalau langkah itu perlu dilakukan maka lakukan.

“Saya tak jadi masalah sangat pasal kita di peringkat negeri Sabah pusat kawalan yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri sentiasa memantau, contohnya penjara orang tidak boleh keluar dan masuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika kempen jelajah di Pulau Bum-Bum petang ini. Terdahulu hari ini, KKM menyatakan pihaknya sedang mempertimbangkan keperluan kuarantin wajib terhadap mana-mana individu yang balik ke Semenanjung dari Sabah selepas PRN.

Sementara itu, Mohd. Shafie berharap semua pihak patuh kepada langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang telah diarahkan. “Saya berharap pertama kita patuhi SOP untuk berdepan Covid-19 walaupun kita berdepan pilihan raya tetapi keselamatan perlu dijaga dengan baik.

“Saya harap semua bertanggungjawab bukan hanya tentukan siapa jadi kerajaan tetapi kesihatan keselamatan kita juga,” katanya.

-Dg

CATEGORIES
Share This