Sibu Life Care Society menerima sumbangan sebuah katil hospital

Sibu Life Care Society menerima sumbangan sebuah katil hospital

SIBU: Sibu Life Care Society menerima sumbangan sebuah katil hospital daripada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan, dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang.

Sumbangan itu diberikan sebagai sebahagian daripada usaha mereka memperkukuh sokongan kepada golongan memerlukan bantuan kesihatan di sini.

Tiang menyatakan Sibu Life Care Society, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan memainkan peranan penting membantu golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan peralatan perubatan dan barang keperluan peribadi.

Beliau mengiktiraf inisiatif pertubuhan ini membolehkan individu tidak mampu membeli peralatan perubatan mahal untuk mendapatkannya melalui program pinjaman dengan deposit rendah sebanyak RM500.

“Inisiatif ini membolehkan pesakit tidak mampu membeli peralatan perubatan mahal mendapatkannya menerusi program pinjaman peralatan seperti katil hospital dengan deposit sebanyak RM500.

“Perkhidmatan ini sangat bermakna bagi memastikan rawatan penting dapat dinikmati selain memastikan peralatan perubatan mungkin di luar kemampuan kewangan sesetengah individu dapat diakses,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan katil hospital di sini hari ini.

Selain sumbangan katil hospital, Tiang turut menggariskan usaha Sibu Life Care Society memperluas perkhidmatan mereka dengan pengenalan perkhidmatan ambulans.

Beliau berkta, kepentingan ambulans sebagai respons terhadap kekurangan kenderaan kecemasan di kawasan kini bersedia untuk memberi bantuan kecemasan kepada komuniti setempat.

Tiang juga mengajak komuniti Sibu menyokong inisiatif ini dengan memberi sumbangan sumber atau dana serta kerjasama semua pihak diperlukan untuk meningkatkan kesejahteraan bersama.

“Kita memerlukan setiap individu turut serta dalam usaha ini demi menjadikan rakyat Sibu sebagai masyarakat prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan orang lain,” jelasnya.

-TND

CATEGORIES
Share This