Singapura kutuk pengeboman di Balai Polis Astaanyar, Bandung

Singapura kutuk pengeboman di Balai Polis Astaanyar, Bandung

SINGAPURA,. Singapura mengecam pengeboman di Balai Polis Astanaanyar di Bandung, Jawa Barat, pada Rabu yang mengakibatkan kematian seorang anggota polis.

Menurut Kementerian Luar republik itu, setakat ini tiada laporan mengenai mana-mana rakyat Singapura yang terjejas oleh insiden berkenaan.

“Kami mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” kata jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut laporan, pengebom bunuh diri telah meluru masuk ke dalam premis itu dengan senjata tajam sebelum letupan berlaku.
Kejadian itu turut mencederakan 10 orang termasuk seorang awam dan mayat suspek dilaporkan berkecai.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This