Singapura ucap terima kasih kepada Malaysia bantu bawa pulang warganya

SINGAPURA,. Kerajaan Singapura hari ini menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kerana bersetuju memenuhi permintaan untuk menempatkan warga Singapura dalam penerbangan balik dari Nepal.

“Dua puluh dua warga Singapura itu tiba dengan selamat di Singapura malam ini dari Kathmandu, Nepal,” kata Kementerian Luar republik itu dalam satu kenyataan di sini.

Kementerian itu berkata warga Singapura itu menaiki pesawat yang disediakan Kerajaan Malaysia untuk membawa pulang rakyatnya dari Kathmandu ke Kuala Lumpur dan mereka kemudian pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )