Skim Rumah Permatang MADANI,- Pak Ya

Skim Rumah Permatang MADANI,- Pak Ya

TANJUNG KARANG,. Pak Ya, berkata Generasi muda Permatang berhadapan dengan ketidak mampuan memiliki rumah sendiri ekoran harga hartanah di Selangor yang semakin tinggi serta kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan khususnya mereka yang bekerja sendiri.

Menginsafi kemelut ini maka Pak Ya, komited dalam menangani isu ini dengan pendekatan pro-aktif yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu Pak Ya akan menampilkan ..SKIM RUMAH PERMATANG MADANI.. sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.

Untuk menjayakan skim ini, tanah-tanah milik Kerajan Negeri dan syarikat milik Kerajaan Negeri serta Persekutuan akan dimenfaatkan.

Skim ini akan dilaksanakan secara berpoket di tanah-tanah kosong di sekitar kampung.

Skim ini juga akan melibatkan pembukaan kawasan baru dengan menampilkan penempatan yang mampan, berkonsepkan hijau serta menggunakan teknologi IBS (industrial building system) yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Skim Rumah Permatang Madani bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda memiliki rumah sendiri dalam persekitaran mereka membesar, tetapi mereka juga berpeluang membuka pernigaan kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam seni pertukangan.

Skim Rumah Permatang Madani – “untuk masa depan kita”…

-Rahman

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )