SPR potong lebih 388,000 nama pemilih meninggal dunia

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memotong sebanyak 388,098 nama pemilih yang meninggal dunia sejak 2017 hingga 31 Ogos lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata jumlah itu juga merangkumi 91,154 nama pemilih yang telah meninggal dunia dipotong dari senarai itu sejak Januari hingga 31 Ogos tahun ini.

“Pada 2017 sebanyak 179,118 nama pemilih yang telah meninggal dunia dipotong dari senarai daftar pemilih, manakala pada 2018 sebanyak 117, 826 nama telah dipotong,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang bertanyakan berkenaan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Tambah Mohamed Hanipa, SPR turut memotong nama mereka yang melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan dari senarai daftar pemilih.

Mengikut rekod, pada tahun 2017 sebanyak 11,799 nama pemilih yang hilang taraf kewarganegaraan telah dipotong, 3,496 pada 2018 manakala dari Januari sehingga 31 Ogos lalu sebanyak 3,940 nama telah dipotong.

Jelasnya, pengemaskinian data ini dibuat SPR berdasarkan maklumat hasil kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )