Stadium Nasional Tokyo sedia untuk penganjuran Sukan Olimpik musim panas 2020
ANKARA,. Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Ahad merasmikan Stadium Nasional Jepun yang dibina untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo musim panas akan datang, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Abe berkata stadium itu akan menjadi simbol Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Stadium itu akan turut digunakan bagi acara olahraga dan perlawanan bola sepak semasa temasya Tokyo 2020 selain bagi upacara pembukaan serta penutupan.
Jepun memulakan pembinaan stadium itu pada Disember 2016, bagaimanapun ia gagal disiapkan susulan bantahan awam berhubung isu kos.
Projek itu diambil alih oleh arkitek Jepun iaitu Kengo Kuma pada 2015 dan telah dipulihkan pada 30 Nov tahun ini.
Stadium yang boleh memuatkan sejumlah 68,000 orang itu telah dibina dengan kos 156.9 bilion Yen Jepun (US$1.44 bilion).
Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung dari 24 Julai hingga 8 Ogos.
— BERNAMA