STAR Turun Padang Membantu Komponen Perikatan Nasional Berkempen
MELAKA 14 Nov 2021 (TheNusantaraDaily)
Parti STAR dari Sabah merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) turut sama turun padang membantu rakan-rakan komponen dalam PN berkempen bagi memastikan calon-calon PN yang bertanding menang dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Petang ini bertempat di Bilik Gerakan Perikatan Nasional DUN Kesidang telah dilawati oleh rombongan STAR bertemu dengan calon PN Patrick Ng Chin Kae dari Gerakan. Turut hadir dalam rombongan STAR adalah YB Flovia Ng Ketua WiraNita STAR Sabah merangkap ADUN N44 Tulid dan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Kong Soon Choi Ketua WiraMuda STAR Sabah, Jalumin Bayogoh Ketua Penerangan STAR Sabah, Prem Kitingan Timbalan Ketua WiraMuda STAR Sabah, Daniel Hiew Naib Ketua WiraMuda STAR Sabah, Felsie Joy Ketua WiraMaja STAR Sabah dan juga jrntera STAR.
Kehadiran STAR bukan saja disambut sendiri oleh calon yang bertanding tapi jentera bertugas. Wakil STAR dalam lawatan turut mendengar taklimat dari calon mengenai situasi semasa dan gerak kerja jentera dalam menghadapi tentangan yang sengit 3 penjuru bersama calon BN dan PH.
– Joy Reyzal