Stok MSM meningkat 5.97 peratus pada Oktober 2021, jumlah stok minyak sawit pada 1.83 juta tan metrik

Stok MSM meningkat 5.97 peratus pada Oktober 2021, jumlah stok minyak sawit pada 1.83 juta tan metrik

KUALA LUMPUR,. Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi bulan Oktober 2021 meningkat 5.97 peratus kepada 986,168 tan metrik daripada 930,654 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Inventori minyak sawit diproses juga naik 2.69 peratus bulan ke bulan kepada 847,935 tan metrik daripada 825,750 tan metrik, kata agensi itu dalam laporan prestasi industri untuk bulan Oktober 2021.

“Keseluruhannya, stok minyak sawit mengukuh 4.42 peratus kepada 1.83 juta tan metrik daripada 1.76 juta tan metrik sebelumnya,” katanya.

Mengenai pengeluaran, output MSM meningkat sebanyak 1.30 peratus kepada 1.72 juta tan metrik berbanding 1.70 juta tan metrik pada September,” kata MPOB.

Pengeluaran isirung sawit menyusut 1.30 peratus kepada 412,882 tan metrik daripada 418,328 tan metrik pada bulan sebelum itu manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah menokok 0.59 peratus kepada 194,736 tan metrik daripada 193,592 tan metrik pada September.

Sementara itu, MPOB berkata eksport minyak sawit susut 12.03 peratus bulan ke bulan kepada 1.42 juta tan metrik pada Oktober daripada 1.61 juta tan metrik pada September sementara eksport minyak isirung sawit menambah 1.07 peratus bulan ke bulan kepada 94,302 tan metrik daripada 93,300 tan metrik pada bulan sebelumnya.

“Eksport oleokimia turut meningkat 3.57 peratus bulan ke bulan kepada 246,670 tan metrik daripada 238,162 tan metrik.

“Bagaimanapun, eksport biodiesel merosot 63.29 peratus bulan ke bulan kepada 19,204 tan metrik daripada 52,313 tan metrik,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This