Strategi penggerak jayakan visi – Dr Mahathir

Strategi penggerak jayakan visi – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR,. Untuk mencapai visi yang ditetapkan, Malaysia memerlukan strategi yang baik dan tidak hanya bertindak berdasarkan faktor pendorong semata-mata, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, negara perlu mengambil iktibar atas apa yang berlaku di negara lain di mana tindakan diambil atas faktor amarah yang akhirnya bertukar menjadi keganasan.

“Strategi sangat penting untuk negara seperti Malaysia. Kerana itu kita mempunyai banyak visi, dan kadangkala ada pertindihan dalam kalangan visi-visi itu.

“Tetapi tidak mengapa, asalkan ia membawa kita terus ke hadapan. Untuk memastikan perkara itu, kita perlu memastikan rakyat berpuas hati.

“Untuk memuaskan hati rakyat berbilang kaum, kuncinya ialah memastikan tiada siapa yang gembira. Kalau nak gembirakan satu pihak, ada pihak lain yang tidak gembira.

“Apabila semua tidak gembira, ia bermakna anda mengambil satu perkara daripada mereka, dan memberi satu perkara lain,” kata Dr Mahathir ketika menjawab satu soalan pada sesi soal jawab dalam Persidangan ISIS PRAXIS, di ibu negara pada Isnin.

Persidangan anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS) itu bertemakan Malaysia Beyond 2020, dengan objektif melihat kembali pencapaian dan perkembangan negara 30 tahun selepas Wawasan 2020 dilancarkan.

CATEGORIES
TAGS
Share This