Sukan Sea ke-32: Vietnam tawar tiket, siaran percuma

Sukan Sea ke-32: Vietnam tawar tiket, siaran percuma

PHNOM PENH,. Tiket Sukan SEA ke-32 akan disediakan secara percuma untuk semua penonton, menurut Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan Sukan SEA ke-32 Kemboja dan Sukan Para ASEAN ke-12 (CAMSOC-CAMAPGOC).

Kerajaan turut memberikan hak penyiaran di dalam dan luar negara secara percuma, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen menerusi Telegram rasminya berkata negara itu telah membelanjakan ratusan juta dolar dan menunggu bertahun-tahun untuk menganjurkan acara sukan serantau itu.

Justeru itu, beliau tidak akan membenarkan sebarang penjualan tiket untuk majlis perasmian pembukaan dan penutup serta semasa acara berlangsung.

Beliau memberi amaran, jika terdapat mana-mana kumpulan atau pegawai tidak mematuhi perkara itu mereka akan berdepan dengan tindakan.

Kemboja bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-32 dari 5 hingga 17 Mei dan Sukan Para ASEAN ke-12 dari 3 hingga 9 Jun.

Secara keseluruhan, 37 sukan telah disenaraikan untuk dipertandingkan bagi temasya sukan itu.

— BERNAMA-VNA

CATEGORIES
TAGS
Share This