Suntikan Vaksin Covid: Hampir Tiga Juta Telah Daftar Menerusi MySejahtera

Suntikan Vaksin Covid: Hampir Tiga Juta Telah Daftar Menerusi MySejahtera

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 99 kes berbanding 74 kes semalam, dengan satu kluster baharu, hari ini.

Kluster baharu iaitu kluster industri Inanam melaporkan 11 kes baharu, dengan kumulatif 20 kes positif. Kes indeks bagi kluster ini membabitkan pekerja kilang plastik yang dikesan menerusi saringan bergejala di Klinik Kesihatan Inanam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkatan kes hari ini turut disumbangkan daripada kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Sinsingon, Nabawan (12), kluster Kuala Punteh, Keningau (2) dan penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Filipina yang berada di Tawau dengan 21 kes baharu.

Beliau berkata, daripada 99 kes baharu hari ini, Tawau mencatatkan kes tertinggi dengan 27 kes, diikuti dengan Keningau (21), Kota Kinabalu (16), Nabawan (12), Kota Marudu (6), Kalabakan (5), Sandakan (4), Tenom (3), Kota Belud (2), Kudat (2) dan satu kes di Papar.

Menurutnya, daripada 99 kes positif itu, sebanyak 38 kes dari saringan kontak rapat, saringan bergejala enam kes, saringan kluster baharu sedia ada 30 kes dan 25 kes adalah dari lain-lain kategori.

Kes pulih yang dilaporkan hari ini sebanyak 92 kes dengan bilangan kumulatif 52,161 kes. Manakala, kematian di Sabah kekal 377 kes.

Setakat ini, sebanyak 53,486 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 629 kes aktif yang sedang menerima rawatan, iaitu 225 orang di hospital dan 402 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Terdapat 26 orang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 11 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bilangan keseluruhan katil di hospital dan PKRC di Sabah 5,001 katil dan peratus penggunaan adalah 12.58 peratus.

-Bernama

CATEGORIES
Share This