Supermax catat keuntungan bersih sebanyak RM525.58 juta bagi tahun kewangan 2020

Supermax catat keuntungan bersih sebanyak RM525.58 juta bagi tahun kewangan 2020

KUALA LUMPUR,. Pengeluar sarung tangan getah, Supermax Corporation Bhd, mencatatkan keuntungan bersih RM525.58 juta dengan perolehan sebanyak RM2.13 bilion untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM123.11 juta dan perolehan RM1.53 pendapatan bilion bagi tahun kewangan 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata ia mencatatkan prestasi terbaiknya bagi suku keempat tahun kewangan 2020 yang berakhir pada 30 Jun, 2020.

Bagi suku keempat, 2020, perolehan melonjak kepada RM929.1 juta meningkat 147.1 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas. Keuntungan bersih meningkat kepada RM399.61 juta daripada RM15.05 juta, manakala keuntungan selepas cukai naik sebanyak 2,815.4 peratus kepada RM408.3 juta.

Ia berkata permintaan bagi sarung tangan sebagai peralatan perlindungan diri (PPE) telah meningkat berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Kami melihat kemunculan pengguna baharu yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan penularan COVID-19. Pada masa ini, kumpulan ini berada dalam kedudukan lebihan langganan. Kenaikan permintaan telah mengakibatkan kenaikan harga jual purata (ASP) secara mendadak sejak bulan Mac, 2020,” katanya.

Ia berkata ketika ini, seluruh dunia terus menemui virus baharu dan berdasarkan perkembangan ini, kumpulan ini menjangkakan permintaan untuk terus meningkat pada tahun 2021 dan tahun-tahun berikutnya.

Sejak penubuhan Supermax, kumpulan itu telah menggunakan model Pembuatan Jenama Sendiri (OBM) di mana ia mengeluarkan produk, pakej dan pasaran di bawah jenama dalamannya.

“Ketika ini, kami mengeksport sebanyak 55 peratus pengeluaran di bawah jenama kami sendiri melalui pusat pengedaran kami sendiri dan 40 peratus melalui pengedar bebas.

“Baki lima peratus adalah untuk pengeluaran pengeluar peralatan tulen (OEM). Oleh kerana permintaan yang kukuh sekarang, kami mengambil kesempatan untuk membangun hubungan baharu dengan pelanggan dan pengedar barhau dengan harapan mereka akan meneruskan pesanan berulang selepas berakhirnya wabak tersebut,” kata Supermax.

Produk kumpulan itu dijual kepada lebih daripada 165 negara, penyumbang terbesar adalah dari rantau Amerika yang menyumbang sebanyak 51 peratus kepada perolehan dalam anggaran tahun kewangan 2020.

Asia, Oceania dan Eropah pula masing-masing menyumbang 23 peratus untuk pendapatan bagi anggaran tahun kewangan 2020. Dari segi pensegmenan produk sebanyak 72 peratus berasal daripada sarung tangan bebas serbuk nitril, diikuti oleh 18 peratus daripada tepung lateks bebas serta masing-masing tujuh peratus dan tiga peratus daripada sarung tangan tepung lateks dan perubatan.

Dari segi perluasan kapasiti, kumpulan itu merancang untuk membina lima kilang pembuatan sarung tangan mulai sekarang dan hingga tahun 2022 dengan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 22.25 bilion menjadikan jumlah kepada 48.42 bilion sarung tangan pada akhir tahun 2022, dengan jumlah perbelanjaan modal pelaburan sebanyak RM1.3 bilion untuk kilang baharu.

Ia berkata ASP tertinggi masih belum tercapai pada suku tahun ketika ini dan kumpulan optimis bahawa model perniagaan OBM yang digunapakai akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku yang akan datang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This