Taikun media Hong Kong ditahan

Taikun media Hong Kong ditahan

HONG KONG,. Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai, pengkritik Beijing paling lantang, ditahan hari ini, mengikut undang-undang keselamatan negara yang baharu kerana didakwa berkomplot dengan negara asing.

“Beliau ditahan di rumah kira-kira jam 7 pagi. Peguam kami sedang menuju ke balai polis,” menurut rakan baik Lai, Mark Simon kepada AFP.

Beliau juga memberitahu, beberapa rakan Lai dalam kumpulan medianya juga turut ditahan.

Sumber polis pula memberitahu, Lai, 72 yang juga pemilik akhbar Apple Daily dan majalah Next.

Simon dalam ciapan Twitternya berkata, pegawai keselamatan menjalankan waran menggeledah banglo Lai dan rumah anaknya.

Media pemerintah China menganggap Lai sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘tangan hitam’ terbesar di belakang tindakan kumpulan protes pro-demokrasi besar-besaran di Hong Kong tahun lalu dan dikatakan sebagai ketua ‘Geng Empat’ baharu yang bersekongkol dengan negara asing untuk merosakkan negara itu.

Undang-undang keselamatan baharu yang diluluskan China pada hujung Jun lalu, meliputi penindasan, pemisahan, pengganas dan pengaruh asing bagi mengembalikan kestabilan serta kebebasan politik utuh. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This