Tanah runtuh di Jalan Keningau-Kimanis

Tanah runtuh di Jalan Keningau-Kimanis

PAPAR,. Hujan lebat sejak petang tadi mengakibatkan tanah runtuh di Jalan Keningau-Kimanis kira-kira jam6.30 petang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Papar dalam satu kenyataan berkata pihaknya kini sedang menjalankan kerja pembersihan yang dilaksanakan oleh pihak konsesi yang ditugaskan ke lokasi.

“Tanah runtuh berlaku di Kilometer 41 Jalan Keningau-Kimanis dengan membabitkan keluasan masing-masing panjang dan selebar 10 meter.

“Kejadian agak menghalang laluan lalu lintas bagaimanapun boleh dilalui di bahagian bahu jalan, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan altenatif di Jalan Kota Kinabalu-Tambunan jika mendesak,” katanya.

Sementara itu Jalan Keningau-Kimanis di Hentian Rehat dan Rawat bas Tung-Ma turut dilihat digenangi air berikutan air sungai berhampiran melimpah sehingga ke jalan utama.

Kebanyakkan pengguna jalan raya mengambil inisiatif menggunakan Jalan Tambunan bagi mengelakkan terkandas di laluan berkenaan.

CATEGORIES
TAGS
Share This