Taskforce Kempen Kesedaran Vaksin Covid19 Parlimen Batu

Taskforce Kempen Kesedaran Vaksin Covid19 Parlimen Batu

Kuala Lumpur – Pejabat Parlimen Batu dan AMK Wilayah Persekutuan bagi pihak parti Keadilan dibawah urusetia ‘Taskforce kesedaran vaksin covid’ melakukan survey dan menggalakan orang ramai untuk menerima vaksin covid-19. Ini adalah inisiatif pertama dari sesebuah parti politik di negara ini.

KRT perumahan flat Negeri Sembilan turut membantu dalam usaha ini. Survey yang berlangsung selama lebih satu jam menunjukkan rata-rata Rakyat tidak mempunyai kesedaran dan tidak faham akan kepentingan penerimaan vaksin ini.

Hanya lebih kurang 25% orang dari 79 yang kami temubual telah berdaftar untuk menerima suntikan vaksin. 20% tidak mengambil kisah, baki 50% takut atau risau akan kesan sampingan ataupun mempunyai masalah kesihatan lain, 5% tidak menjawab soalan kami.

Pengaruh negatif dari media sosial adalah faktor penting bagi kebanyakan mereka untuk tidak mendaftar. Kesedaran, kempen dan advokasi dari pihak Kerajaan tidak efektif untuk mempengaruhi rakyat memahami kepentingan vaksin covid-19.

AMK Wilayah Persekutuan akan terus melakukan survey dan memberi kesedaran mengenai kepentingan suntikan vaksin di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbanding dengan inisiatif kerajaan yang kurang efektif. Mereka juga akan mendapatkan data yang lebih terperinci dalam masa terdekat ini.

Sama-samalah kita berganding bahu untuk mengekang wabak covid dari terus menekan gaya hidup kita seru Ahli Parlimen Batu yang juga Ketua AMK Wilayah Persekutuan YB P.Prabakaran ketika di hubungi.

-DG

CATEGORIES
Share This