Taufan Isaias badai pantai timur AS, seorang maut di New York
NEW YORK,. Taufan tropika Isaias membadai pantai timur Amerika Syarikat (AS) dengan hujan lebat dan ribut kencang kelmarin, memutuskan bekalan elektrik kepada jutaan isi rumah dan menumbangkan pokok, termasuk di New York.
Sekurang-kurangnya seorang individu maut di Kota New York selepas sebatang pokok tumbang ke atas kereta mereka, manakala seorang lagi cedera parah selepas ditimpa dahan pokok yang patah, kata Datuk Bandar Bill de Blasio.
Ribut sederas 80 kilometer sejam mencetuskan huru-hara di negeri timur, me-ngotori jalan dengan puing, menutup jalan dan memaksa pembatalan puluhan penerbangan.
Khidmat pengangkutan awam juga digantung buat sekejap termasuk feri Pulau Staten yang terkenal di New York.
Di New Jersey, di mana Gabenor Phil Murphy mengisytiharkan keadaan darurat sebelum ketibaan Isaias, rakaman video menunjukkan bumbung rumah yang robek manakala penduduk diarah duduk dalam rumah di te-ngah-tengah ancaman puting beliung.
Isaias dengan cepat ber-gerak ke atas Pantai Timur selepas ia membadai pantai Carolina Utara pada waktu malam dengan kekuatan hurikan sebelum ia diturun taraf kepada taufan tropika.
Gabenor Carolina Utara Roy Cooper berkata sekurang-kurangnya satu kematian dilaporkan di negeri selatan itu dan sejumlah orang cedera.
“Pada keseluruhannya,” kata Cooper kepada ABC, “kerosakan tidak seteruk yang dijangkakan.”
“Kita ada banyak pokok yang tumbang,” kata gabenor itu. “Kita mengalami beberapa banjir taufan. Kita ada kira-kira 355,000 orang tanpa bekalan elektrik.”
Pihak berkuasa New York, yang sentiasa bimbang me-ngenai kerosakan buruk yang disebabkan oleh Taufan Super Sandy pada 2012, membina benteng banjir sementara di Lower Manhattan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir taufan.
Tiub lentur oren yang dikenali sebagai “Empangan Harimau” telah dipasang di kawasan rendah.
Pegawai menjangkakan banjir taufan kira-kira se-tinggi 0.3 hingga 0.6 meter. Sandy menyebabkan ombak setinggi 4.2 meter.
Tetapi hujan ternyata tidak selebat seperti yang dikhuatiri.
“Taufan ini jauh lebih umpama satu peristiwa ribut berbanding banjir setakat ini, syukur kepada Tuhan,” kata de Blasio kepada stesen berita tempatan NY1.
Pusat Hurikan Nasional (NHC) mengeluarkan amaran puting beliung bagi beberapa kawasan di Pantai Timur.
Sekurang-kurangnya 78 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang LaGuardia, New York. Sebanyak 55 pembatalan dilaporkan di JFK.
Hampir tiga juga pelanggan syarikat utiliti melaporkan kejadian bekalan elektrik terputus di wilayah Atlantik Tengah, kebanyakannya di New Jersey.
Taufan yang bergerak pantas itu sedang bergerak ke timur laut menurut NHC dan dijangka akan bergerak ke timur laut AS dan selatan Kanada pada waktu malam.
Washington, Baltimore dan bandar raya lain di pantai Atlantik atau berhampiran mengalami hujan yang lebat.
“Saya menggesa kepada semua orang pada laluan taufan untuk terus waspada dan mematuhi panduan pihak berkuasa tempatan dan ne-geri anda,” kata Presiden Donald Trump kelmarin dalam satu sidang akhbar Rumah Putih.
Taufan itu terdahulu membawa hujan lebat ke Bahamas, menumbangkan pokok dan membanjiri jalan, sebelum pegawai pengurusan kecemasan pada Ahad lepas mengesahkan keadaan selamat.
Sekurang-kurangnya seorang maut di Puerto Rico dan taufan turut membadai Haiti dan Republik Dominika. — AFP