
Tawaran Merdeka ‘Teguh Bersama’ MASwings The Pulse of Borneo sepanjang Ogos
KUCHING,. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65; MASwings The Pulse of Borneo menawarkan Tawaran Merdeka ‘Teguh Bersama’ sepanjang Ogos ini.
Promosi berterusan MASwings itu menurut satu kenyataan pihaknya hari ini, tawaran tambang penerbangan diskaun bermula dari serendah RM138 untuk semua perjalanan sehala yang tersedia untuk direbut mulai sekarang sehingga 31 Ogos ini, dengan tempoh perjalanan sehingga 30 September.
Promosi itu ditawarkan di semua laluan domestik MASwings yang menawarkan perkhidmatan menggunakan pesawat ATR 72-500 kecuali di Mukah.
Dengan tawaran promosi ini, penumpang akan dapat menikmati tambang sehala yang merangkumi semua dari serendah RM138 bagi sektor dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu dan Bintulu ke Sibu;, daripada RM148 bagi sektor dari Sandakan ke Tawau, Kota Kinabalu ke Labuan dan dari Miri ke Labuan, Bintulu dan Limbang daripada RM188 di sektor Miri ke Sibu dan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu dan Mulu.
Mereka yang melakukan perjalanan dari Kuching ke Limbang dan Mulu juga akan menikmati tambang serendah RM208 yang ditawarkan dan semuanya tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Ketua Pegawai Operasi MASwings Kapten Nasaruddin A Bakar berkata ia bertepatan dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Teguh Bersama’.
MASwings sebagai syarikat penerbangan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan Wilayh Persekutuan Labuan teruja dan gembira untuk berkongsi semangat patriotisme dan cinta terhadap negara melalui penawaran tawaran istimewa ini, jelasnya.
Beliau seterusnya menambah, adalah menjadi hasrat pihaknya agar semua orang mengambil tawaran promosi itu untuk merancang perjalanan mereka dalam melawat keluarga dan rakan-rakan atau untuk meneroka keindahan alam semula jadi terutama dalam Borneo.
Semua tiket MASwings itu ditawarkan perkhidmatan ATR termasuk dengan 20kg bagasi daftar masuk dan hidangan ringan.
Ini adalah sebahagian daripada ketekalan syarikat penerbangan itu dalam menawarkan hospitaliti Malaysia yang terbaik selain memastikan keselesaan dan keselamatan semua penumpang sepanjang perjalanan terutama semasa peralihan semasa ke fasa endemik.
Tawaran terkini boleh didapati melalui laman web MASwings atau Malaysia Airlines, pejabat tiket dan ejen pelancongan yang dilantik mereka atau melalui Pusat Panggilan 24 jam di nombor bebas tol 1300 88 3000.
Maklumat lanjut mengenai destinasi, tambang dan jadual penerbangan boleh didapati di laman web MASwings www.maswings.com.