TEKAD PAKYA; Menjadikan Permatang Indah Dan Bersih

TEKAD PAKYA; Menjadikan Permatang Indah Dan Bersih

TANJUNG KARANG,.Calon no 1 Mohd Yahya Mat Sahri lebih dikenali dikalangan penduduk dengan panggilan PakYa berkata, Kempen masuk hari ke 11 dan pada hari ini juga 8 ogos adalah hari pengundi awal pilahan raya umum dewan negeri,(DUN)bagi pada semua pegawai keselamtan negara Anggota Polis,dan Askar serta APMM, selamat mengundi PakYa ucapkan pada semua.

Sidang Media bilik gerakan permatang pada hari ini menekan isu – isu kebersihan, keharmonian, dan alam sekitar, serta kemasyarakatan.PakYa selaku calon N09 Permatang, menyeru kepada semua agar mengambil berat dengan apa yang cuba diterapkanya bagi mengindahkan dan membersihkan sekitar permatang dan kawasan dibawah dun ini katanya lagi.

Permatang menampilkan kombinasi kampung tradisional kawasan bendang, ladang dan kebun ada juga dan taman perumahan serta pembandaran yang menampilkan masyarat berbilang kaum,dengan berbagai aktiviti perekonomian.

Tanggungjawab penyelenggaraan adalah sememanganya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) namun meletakan tanggungjawab kepada pihak penguasa tempatan sahaja tidak akan menyelesaikan permasalan memandangkan penduduk,sendiri adalah ejen yang menghasilkan sampah yang memberikan kesan kekotaran pada kawasan dan alam sekitar, kita seharus sama – sama bertanggungjawab dan menjadikan diri serta masyarakat kita dengan kesedaran sivik lebih tinggi lagi katanya pada sidang media tersebut.

Cabaran paling besar katanya lagi adalah penyelenggaraan dalam kawasan yang kepelbagaian Geografi,sebahagianya terletak dalam pengawasan majlis pembadaran dan sebahagian yang lain dalam majlis daerah.

Menyedari hakikat ini PakYa, bertekad untuk menampilkan permatang dengan wajah baharu yang lebih indah dan bersih sekaligus menampilkanya sebagai satu kawasan yang bersih diselangor demi menepati slogan “PERMATANG PERMATA SELANGOR” katanya lagi pada Pihak media.

— RAHMAN

KEMPEN PERMATANG INDAH DAN BERSIH.

1 – IDENTITI BAHARU : kempen ini bertujuan untuk menampilkan Permatang dengan wajah baharu dengan Identiti yang baharu indah,bersih ini penting dalam melayakkan Permatang harum semerbak bagaikan permata besinar.

2 – SEMANGAT BAHARU : Kempen ini bertujuan untuk memekarkan semangat kebanggaan dan perpaduan,semangat baharu ini penting untuk kepuasan semua penduduk.

3 – PERTUMBUHAN BAHARU: kempen ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baru berorentasikan eko-perlacongan .pertumbuhan ini juga bakal dijana dengan kebanjiran pelancongan yang ingin menikmati khazanah alam dan keunikan Permatang.

4 – PROJEK DIBAWAH KEMPEN PERMATANG INDAH DAN BERSIH:

a. Kursus kesedaran warga Permatang.

b. Pertandingan keindahan dan kerbersihan kampung.

c. Projek penanaman pokok.

d. Projek mengakangkatkan kampung oleh korporat.

e. Projek inovasi kampung

CATEGORIES
Share This