Teleport AirAsia ambil alih RC Red Cargo

Teleport AirAsia ambil alih RC Red Cargo

KUALA LUMPUR,. Anak syarikat milik penuh tidak langsung AirAsia Group Bhd, Teleport Everywhere Pte Ltd, bercadang untuk mengambil alih RC Red Cargo Services Private Ltd yang berpangkalan di India dengan nilai RM272,672 secara tunai.

AirAsia berkata langkah itu, yang menyediakan perkhidmatan ejen jualan am kepada Teleport, akan melalui langganan sebanyak 469,000 saham biasa dalam RC Red Cargo.

“Cadangan pengambilalihan RC Red Cargo itu sejajar dengan strategi Teleport untuk memperluaskan kedudukannya dalam pasaran strategik di Asia,” menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Cadangan pengambilalihan itu dijangka tidak memberi impak yang ketara ke atas tahun kewangan semasa AirAsia dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat itu, katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This