Tempoh Reman bagi 13 lelaki bergaduh di Pangkor dilanjutkan

LUMUT,. Tempoh reman ke atas 13 lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di depan sebuah tokong di Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor, di sini, Selasa lalu dilanjutkan dua hari lagi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, reman kesemua suspek yang berumur 16 hingga 50 tahun itu, disambung bermula Ahad selepas tempoh reman empat hari mereka sejak Rabu, berakhir Sabtu.

“Sambungan reman itu dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana melakukan perbuatan merusuh.

“Setakat ini motif kejadian masih sama, iaitu tidak berpuas hati dengan masalah tempat letak kereta di Jeti Pulau Pangkor,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )