Temu duga siswazah lepasan UA bagi anak Sabah dan Sarawak diadakan April

Temu duga siswazah lepasan UA bagi anak Sabah dan Sarawak diadakan April

PUTRAJAYA,. Urusan temu duga siswazah pendidikan lepasan universiti awam (UA) kelahiran Sabah dan Sarawak untuk pengambilan tahun 2020 akan diadakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga April depan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam satu kenyataan hari ini berkata hanya siswazah yang telah mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020 sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga itu.

SPP berkata mahasiswa yang bergraduasi selepas tarikh tersebut akan dipertimbangkan untuk pengambilan tahun 2021 manakala kaedah temu duga akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Calon-calon yang terlibat disarankan agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga tersebut,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This